Ini adalah satu-satunya jalan untuk keluar dari pedalaman sekiranya penduduk sini ingin pergi sekolah atau urusan seharian. Memang tak ada cara lain dan apa yang boleh lakukan cuma harapkan yang mereka selamat sampai. Kenapa? Cuba anda tengok sendiri.
Friday, July 26, 2013
Jalan Yang Begitu Merbahaya Untuk Keluar Dari Pedalaman Di China (5 Gambar)
Ini adalah satu-satunya jalan untuk keluar dari pedalaman sekiranya penduduk sini ingin pergi sekolah atau urusan seharian. Memang tak ada cara lain dan apa yang boleh lakukan cuma harapkan yang mereka selamat sampai. Kenapa? Cuba anda tengok sendiri.
Gambar Keluarga DiRaja Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah
Dikurniakan isteri yang cantik dan sepasang anak lelaki dan perempuan yang comel.
Sama-sama kita doakan agar kesejahteraan dan kebahagian Raja Muda Perak – Raja Nazrin Shah berpanjangan selamanya.
sumber : http://www.budiey.com/
Gambar Mengeluarkan Mayat Budak Lelaki dari Perut BUAYA
Hari ni saya mau kongsi koleksi gambar yang menyayat hari dimana seorang budak lelaki telah dimakan buaya. Koleksi gambar ini menunjukkan perut buaya tersebut dibelah bagi mengeluarkan mayat budak lelaki itu.
Saksikan rentetan proses mengeluarkan mayat budak lelaki dari perut buaya.Kredit gambar ni kepada wowberita.com kerana berkongsi gambar tersebut.
Categories:
Dalam
Negara , Latest
Post
Penyakit Yang Paling Menakutkan..
MADIUN - Tumini iaitu seorang wanita yang tinggal di Desa Nglanduk, Kecamatan Wungu, Kabupaten Madiun, Jatim di Indonesia menghidap penyakit aneh apabila lubang sedalam 10 sentimeter terbentuk di bahagian tengah kepalanya. Suami Tumini, Marto menyatakan kedua-dua mata isterinya, hidung, dan bibir hilang manakala dagu serta keningnya sahaja yang masih ada.
"Selama bertahun-tahun, penyakit tersebut terus mengganas di bahagian wajah isteri saya. Dia tidak dapat melihat kerana tidak ada mata," kata Marto. Dia berkata, isterinya tidak dapat bercakap kerana dia tidak mempunyai bibir kerana lubang itu selebar 10 hingga 15 sentimeter. Marto berkata, penyakit itu dihidapi oleh isterinya hampir 30 tahun lalu dan mula dikesan ketika dia berumur 20-an.
Penyakit itu bermula dengan bintil berupa jerawat di hidung sebelum membesar dan gatal, jelas suaminya. Menurutnya, selepas menjalani pemeriksaan di hospital, doktor menyatakan penyakit itu ialah sejenis kanser tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membiayai rawatannya.
"Kini, ubat untuk isteri saya hanya ramuan yang dibuat sendiri daripada bahan utama tembakau untuk mengusir lalat yang kerap mengerumuni," katanya.
Seorang anaknya berkata, ibunya itu kerap mengurung diri dan kadang-kadang merungut kerana tidak dapat menahan sakit. - Agensi
Perempuan ini menghadapi penyakit yang mengubah kehidupannya..
Jom tengok disini :
Menakjubkan! Pedang Ini Paling Tajam Di Dunia.
Mungkin kita tertanya-tanya bagaimanakah teknologi pada zaman dahulu dilakukan dalam pembuatan alatan perang seperti pedang. Apabila melihat musuh dengan berpakaian besi, kita sudah tentu dapat mengagak ia seperti satu perkara yang agak sukar untuk ditembusi. Namun jangan silap, pedang yang mereka hasilkan pada ketika itu dipercayai diiktiraf antara pedang paling tajam di dunia. Bayangkan baju besi yang dipakai musuh, dianggap terlalu mudah ditembusi.
Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.
Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang “Damascus” yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi.
Pedang ini diperbuat besi baja “damascus” dengan teknik
rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM
dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak
Barat.
Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini.
Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.
Setelah sekian lama pedang ini menjadi rahsia akan kehebatannya, akhirnya pengkaji barat telah berjaya membongkar rahsia pedang ini.
Rod “Damascus” bersaiz Nano didalam pedang Salahuddin Al-Ayyubi.
Rupa-rupanya didalam pedang ini terdapat sebatang tiub rod “Damascus” yang bersaiz nano yang mudah lentur,tidak mudah patah dan sentiasa tajam sehinggakan mampu membelah apa saja.
Rod “Damascus” berupa rantaian atom karbon yang sangat hebat.
Apa itu CNT?
CNT merupakan suatu rantaian atom karbon yang terikat di
antara satu sama lain secara heksagonal berbentuk silinder yang mempunyai
diameter sekecil 1-2 nanometer. Silinder CNT ini boleh mencapai panjang
sehingga berpuluh-puluh mikron dan tertutup di bahagian hujung seolah-olah
sebatang paip yang ditutup dikedua-dua hujungnya.
Pencirian yang dilakukan terhadap bahan ini juga
menjelaskan bahawa CNT mempunyai kekuatan paling tinggi berbanding bahan lain.
Ia juga mempunyai sifat kekonduksian elektrik melebihi kuprum dan logam.
Keunikan tiub karbon nano yang lain ialah mempunyai ketahanan terhadap suhu
tinggi serta mempunyai jisim yang lebih ringan dari aluminium.
Salahuddin Al-Ayyubi memimpin Tentera Islam
dalam perang salib kurun ke-12
Teknologi NANO.
Kehebatan Pedang Salahuddin Al-Ayyubi telah dibongkar
oleh Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman. Prof tersebut menjumpai CNT di dalam
pedang tersebut bersama senjata2 yang digunakan oleh tentera-tentera Islam pada
ketika itu sewaktu perang Salib. CNT ini yang menjadikan pedang tentera Islam
ini sangat tajam tetapi mudah lentur.
Salahuddin Al-Ayyubi.
Teknologi NANO ini menggunakan besi baja
“damascus” yang juga dipanggil wootz. Bijih besi ini mengandungi sejumlah
peratusan unsur Karbon. Selain besi dan karbon, unsur-unsur seperti Kromium,
Mangan, Kobalt juga ditambah bagi menambahkan lagi kekuatan, ketajaman dan
kelenturannya
Kehebatan pedangnya digeruni musuh-musuh Islam
Teknik pembuatan pedang ini begitu rahsia sehinggakan
hanya beberapa keluarga tukang besi di Damsyik saja yang menguasainya. Akhirnya
pada kurun ke-18, teknologi pembuatan pedang ini telah pupus.
Teks kajian barat tentang
Pedang “Damascus”
|
Apa yang tinggal hanyalah pedang-pedang, tombak dan Pisau
yang kini tersebar di pelbagai Muzium di seluruh dunia. Sekadar mengingatkan
kita bahawa Teknologi Hebat Peradaban Islam ini telah hilang di telan zaman.
Categories: Artikel
Dan Sejarah Islam , Latest Post
Tuesday, July 23, 2013
[Ngeri] Kai Tak, Lapangan Terbang Paling Berbahaya Di Hong Kong..
Kai Tak adalah lapangan terbang yang telah ditutup pada tahun 1998 adalah terkenal dengan pendaratan yang mencemaskan termasuk kapal terbang terhempas ke dalam air dan melanggar bangunan pada sayap mereka.
Imej-imej yang menakjubkan menunjukkan juruterbang berpengalaman ketika bergelut dengan pendaratan yang terkenal dengan bahaya, sebelum lapangan terbang telah ditutup oleh kerajaan pada tahun 1998 kerana rekod keselamatan yang teruk.
Imej-imej yang menakjubkan menunjukkan juruterbang berpengalaman ketika bergelut dengan pendaratan yang terkenal dengan bahaya, sebelum lapangan terbang telah ditutup oleh kerajaan pada tahun 1998 kerana rekod keselamatan yang teruk.
Subscribe to:
Posts (Atom)