Kerjaya Pramugari... Sesetengah wanita pasti berasa cemburu dengan kerjaya sebagai seorang pramugari yang disifatkan sebagai menyeronokkan, berpeluang untuk bercuti kemana-mana tempat seperti luar negara dengan percuma dan macam-macam lagi. Kita selalu lihat apabila kita menaiki sesuatu penerbangan, Pramugari sentiasa dilihat tersenyum dan juga ramah. Namun di sebali senyuman manisnya, ada kisah dan rahsia yang mungkin kita belum tahu.
Di antaranya pengakuannya ialah...
1. Apakah penumpang yang bermasalah akan dipindah ke kelas Bisnes?
Kami memindahkan penumpang ke kelas bisnes bukan semata-mata kerana bermasalah. Pada waktu itu, ada seorang penumpang yang kerap berpindah tempat duduk kerana asyik memberikan kerusinya kepada penumpang yang mempunyai pasangan atau berkeluarga. Ia tidak bermasalah sebenarnya tetapi kerana kebaikannya, kami memberikannya kerusi di tempat bisnes. Hal yang harus diingat, sentiasa berkelakuan baik.
2. Apa permintaan paling pelik yang pernah diminta oleh penumpang?
Bekas untuk meludah. Seorang wanita pernah meminta makanan yang lembut kerana tekaknya yang sedang terluka. Ia minta nasi, padahal di dalam menu ketika itu tiada nasi. Setelah diberi penjelasan, ia tetap meminta makanan-makanan lain yang tidak ada di dalam menu.
3. Adakah anda pernah tidur dengan kawan sekerja?
Ya. Kebanyakan dari kami tidur dengan kawan sekerja di pejabat perwakilan. Sangat sukar bagi kami setelah bekerja dengan penat, jadi kami biasanya akan mencari kawan untuk diajak berbincang sekaligus untuk tidur. Beberapa kawan kami ada yang obses ingin tidur dengan pilot atau senior.
4. Apa perkara terbaik menjadi seorang pramugari?
Tempat-tempat baru. Saya boleh mengunjungi semua tempat walaupun hanya sebentar. Saja juga berjumpa ramai orang dan mendapat banyak kenalan. Akhir sekali, saya boleh gila-gilaan tanpa khuatir kerana saya tahu, saya tidak akan berada terlalu lama di tempat tersebut.
5 Adakah anda hidup seperti orang yang normal? kerana pekerjaan ini seperti tidak boleh memberi hubungan yang mnyakinkan.
Ya, saya tahu. Mungkin ketika saya berumur 25 tahun. Sekarang saya berumur 22 tahun dan sangat mencintai pekerjaan saya. mungkin 3 tahun depan saya akan pulang ke kampung halaman dan mula mencari cinta sejati. Saya tidak pernah mendapat hubungan yang berkualiti selama di sini.
6. Berapa lama anda biasanya berada di setiap satu tempat.
Sekitar 24 - 72 jam.
7.Bagaimana caranya menyesuaikan diri dengan perbezaan tempat, suhu, cuaca, jam dan lain-lainnya dalam waktu yang singkat kerana anda terus terbang ke berbagai tempat pada setiap masa?
Anda tidak akan pernah boleh menyesuaikan diri. Pastikan anda tidak kekurangan air pada tubuh kerana ia adalah satu cara saya boleh sesuai dengan keadaan sekitar. Ketika terbang, biasanya saya akan minum air mineral sebanyak 1.5 liter. Istirehat ketika penat, pilih makanan yang tidak membuat anda mual dan tetap membuat anda bertenaga.
P/S: Ada diantara kita yang merasakan betapa best nya kerja seseorang sehinggakan merasa cemburu dengan kejayaan seseorang itu. Namun, perlu di ingatkan juga, setiap pekerjaan walaupun baik, ada juga buruknya. Jangan menilai seseorang dari pandangan mata kasar sahaja. Tetapi mengucap syukur dengan apa yang kita ada sekarang kerana anda pasti tidak tahu ada orang lain yang turut cemburu dengan kita.
No comments:
Post a Comment