Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya dengan caption berbunyi :
Sempat singgah berkenalan dengan Kaum Kerabat En Somi + berbuka puasa sama.
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.
Abby Abadi berbuka puasa bersama keluarga mertua
Selain berpeluang berbuka puasa bersama keluarga mertua di Kelantan, nampaknya Abby turut berkesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin negeri tersebut, Tuan Guru Nik Aziz bagi memohon keberkatan serta doa agar rumah tangga yang dibina bersama Farhan akan terus berkekalan.
Namun begitu, niat Abby telah dipertikaikan oleh segelintir peminatnya, di mana ada yang beranggapan lebih baik sekiranya dia memohon restu daripada ibu bapa berbanding pemimpn tersebut.
Mohon keberkatan & doa dr TGNA & Isteri agar hubungan kami suami/isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya.. Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini ?
Ulama kan pewaris Nabi, apa salahnya saya mohon doa dan keberkatan dari mereka? Jauh beza TGNA dengan Pimpinan kerajaan yang korg agung2 kan tu..
Apa pun, diharapkan agar rumah tangga Abby bersama Farhan akan terus berkekalan. Di sini OHBULAN! turut kongsikan beberapa foto terkini pasangan tersebut bersama anak-anak Abby untuk tatapan anda semua.
No comments:
Post a Comment